Sunday, August 14, 2011

Gandakan Nilai Harta Dengan Melabur Emas Tulen

Selamat Datang ke pencenemas.blogspot.com. Saya memohon maaf jika ada mana-mana pendapat dan penulisan saya di dalam pencenemas.blogspot.com ini yang menyinggung mana-mana individu atau organisasi. Semua pendapat dan tulisan saya tentang pelaburan atau simpanan emas hanya berniat untuk belajar (diri sendiri) dan menyedarkan keluarga dan sahabat tentang pentingnya menyimpan emas fizikal.

Pihak kami bukanlah ejen skim cepat kaya, atau MLM, atau skim pelaburan haram. Kami hanya menjalankan aktiviti menjual dan membeli Emas dengan urusniaga tunai. Ada duit dan ada emas fizikal. Kami juga tidak menjamin sebarang bentuk pulangan bulanan seperti yang di war-warkan sesetengah pihak, bahkan kami mengutuk perbuatan dan skim seperti ini kerana ianya haram di sisi Islam.


Sebarang jenis aktiviti seperti gadaian, teknik 30:70, simpanan dan sebagainya adalah atas kreativiti dan inisiatif individu sendiri untuk menambah pendapatan masing-masing.
 




Berikut adalah daripada petikan Keratan Akhbar Utusan Malaysia

Pertama kali dalam sejarah harga emas melepasi AS$1,800 seauns. Ini berikutan kebimbangan pelabur di Amerika Syarikat selepas had hutang negara tersebut dinaikkan buat kali ke75 dan kemungkinan kelegaan kuantitatif dilakukan lagi.

Emas dilihat sebagai pelaburan yang selamat memandangkan ketidakupayaan kerajaan tersebut mengatasi masalah ekonominya.

Tindakan pelabur ini telah membuatkan Certified Gold Exchange dan J.P.Morgan Chase & Co mengemaskinikan ramalan kenaikan harga emas kepada AS$2,500 seauns.

Sejak 10 tahun lalu harga emas telah meningkat sebanyak 700 peratus (%). Kebimbangan pelabur bukan saja tertumpu kepada apa yang sedang berlaku di Amerika tetapi merebak kepada krisis hutang euro.

Setakat ini Portugal, Ireland, Greece, Sepanyol dan Itali telah mengalami masalah defisit dan kemasukkan Itali, ekonomi ketiga terbesar di Eropah telah menambahkan kebimbangan para pelabur.

Minggu lepas kita telah dikejutkan dengan keruntuhan pasaran saham dunia, seluruh dunia, bukan di Amerika sahaja, malahan Eropah dan Asia hilang nilai modal pasaran bernilai hampir AS$4.4 trilion.
Walaupun keputusan Federal Reserve di Amerika tidak menaikkan kadar faedah melegakan pasaran sementara tetapi dari segi asas, Amerika dan Eropah masih lemah.



Petikan Daripada Ucapan Allahyarham Dato' Salleh Majid

Walaupun kejatuhan di Malaysia dari segi peratusan adalah lebih rendah daripada lain-lain bursa, tetapi dianggarkan RM91 billion telah lenyap daripada nilai modal pasaran saham kita.Apabila pasaran saham runtuh, pelabur lari mencari tempat yang selamat dan salah satu yang paling selamat ialah emas.

Beralih kepada pelaburan emas di Malaysia, pelaburan emas belum begitu menyerlah terutama sekali di kalangan orang Melayu. Kebanyakan orang Melayu gemar membeli barang kemas yang dicampurkan dengan logam lain dan bukan seperti emas ketul yang ketulenannya di paras 999.99.

Apabila barang kemas dijual balik potongan sebanyak 30 sehingga 40 peratus dikenakan daripada harga semasa. Oleh itu ada baiknya melabur dengan emas yang ketulenannya 999.99. Pada sesiapa yang berminat boleh memiliki syiling emas melalui Maybank dan buku simpanan melalui Public Bank.

Saya ingin menyarankan koperasi-koperasi melabur dalam emas. Kita lihat lima tahun dulu harga emas seauns ialah AS$520 dan hari ini sudah mencecah AS$1,800.
Pelaburan inilah yang bukan saja boleh menguntungkan koperasi sendiri tetapi juga ahli-ahlinya. Keahlian keseluruhan koperasi di negara kita tidak kurang daripada 8 juta orang. Bayangkan kita dapat meningkatkan kekayaan orang Melayu berlipat kali ganda apabila melabur dengan emas.

Memang benar sistem ArRahnu sudah lama diwujudkan selaku pajak gadai Islam dan penggadai memperoleh setakat 65% daripada nilai emas yang dipajakkan. Pada waktu yang sama upah simpan antara 0.5 sehingga 1% dikenakan untuk kadar maksimum selama 6 bulan.

Bagi pihak koperasi, ia boleh memberikan pinjaman untuk membeli emas yang disimpan selaku cagaran oleh koperasi dan ahli diberikan 65% daripada nilai emas yang disimpan dan boleh mengenakan sedikit faedah yang jauh lebih rendah daripada upah simpan melalui ArRahnu.

Kita mempunyai satu-satunya badan koperasi yang memiliki kaitan dengan beberapa koperasi yang lain dan diurus dengan betul serta berhati-hati dalam porfolio pelaburannya iaitu Angkasa.

Angkasa boleh mengambil langkah awal ini yang bakal menguntungkan sejumlah besar keahlian koperasi negara ini. Sekian lama orang Melayu tidak begitu mengambil berat tentang pelaburan emas tulen ini dan banyak pengaruh seperti FOREX yang mengalih perhatian orang Melayu kepada satu-satu pelaburan yang berisiko tinggi.

Sekarang majlis penerangan tentang pelaburan emas sedang giat dikendalikan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat tentang pelaburan emas.

"Inilah satu-satunya peluang bagi masyarakat Melayu melipatkan gandakan nilai harta mereka. Usaha-usaha yang lepas telah menunjukkan yang kita masih lagi jauh ketinggalan dari segi memiliki kekayaan". Kenyataan oleh DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)


Komen Allahyarham Dato' Salleh Majid
  1. Dato’ adalah bekas CEO bursa saham Kuala Lumpur. Segala pandangannya adalah berdasarkan pengalaman beliau dalam bidang ekonomi.
  2. Beliau juga adalah salah seorang daripada tulang belakang penubuhan ASB.
  3. Kalau reputasi orang sebegini anda masih pertikaikan, saya tak tahu nak cakap ape lagi dah. =)
  4. Kalau dah membuat keputusan untuk membeli emas tidak kiralah emas dinar, emas jongkong mahupun emas barang kemas "Emas Bukan Sekadar Perhiasan" makanya hubungi saya segera di 0165777103 sekarang. 
  5. Harga emas fizikal semasa rujuk dan klik kat gambar di bawah :-
         a)  Barang-barang Kemas : http://agc139.com/product/productlisting
         b) Goldbar dan Dinar :





Pesanan : 
Sebaiknya hubungi saya melalui whatsapp untuk maklumat lanjut mengenai pesanan dan pembelian Emas ini dan saya boleh berikan pencerahan dan penjelasan mengikut kadar nilai harga emas SEMASA syarikat. 



Bukti Kuasa Beli Emas (Dinar) & Perak (Dirham) kalis inflasi dari Al-Quran dan Hadis

Salam sejahtera pembaca sekalian,

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana kita telah di panjangkan usia dan diperkenankan olehNya untuk menimba satu lagi ilmu pengetahuan yang baru dalam mendekatkan diri kita denganNya.

Di dalam saya membuat kajian tentang kelebihan emas dan perak, terdetik di dalam diri saya, apa jua yang berlaku di dalam kehidupan manusia baik dari segi hukum agama serta muamalah semestinya telah diceritakan di dalam Al-Quran dan hadis.



Salah satu mukjizat Rasulullah SAW adalah Al-Quran
Mungkin di antara kita masih tertanya-tanya adakah wujud wang atau instrumen perantaraan di zaman moden ini yang langsung tidak terpengaruh dengan inflasi.

Jawapannya: “Ada! Iaitu wang yang mempunyai nilai instrinsiknya yang sama nilai dengan nominal iaitu dalam bentuk emas dan perak ataupun disebut dinar dan dirham.”
Kemudian mungkin di antara anda bertanya lagi, wujudkah perkara ini terjadi sepanjang kehidupan manusia di muka bumi ini? Benarkah emas dan perak kalis inflasi atau kuasa belinya stabil sepanjang zaman?”
Untuk menjawab perkara ini saya akan jelaskan sebaik yang mungkin. Insya Allah..
Saya telah teringat kepada kisah ashabul kahfi yang pernah diceritakan dalam ceramah agama di masjid iaitu kisah sekumpulan lelaki yang ditidurkan oleh Allah SWT yang dalam sesetengah riwayat mereka ini telah ditidurkan selama 309 tahun.

Mereka telah di bangkitkan dari tidur dan berlaku beberapa kisah untuk membuka pintu gua tersebut.
Dalam surat al-Kahfi, Allah SWT menceritakan tiga kisah masa lalu, iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah pertemuan Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s serta kisah Dzulqarnain. Kisah Ashabul Kahfi mendapat perhatian lebih dengan digunakan sebagai nama surah dimana terdapat tiga kisah tersebut.
Hal ini sudah tentu bukan kebetulan semata-mata, tetapi kerana kisah Ashabul Kahfi, seperti juga kisah lain di dalam al-Quran bukan merupakan kisah semata, tapi juga terdapat banyak pelajaran (ibrah atau guide) di dalamnya.

Ashabul Kahfi adalah nama sekelompok orang beriman yang hidup pada masa Raja Diqyanus di Romawi, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa as. Mereka hidup di tengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang dzalim.

Ketika sang raja mengetahui ada sekelompok orang yang tidak menyembah berhala, maka sang raja marah lalu memanggil mereka dan memerintahkan mereka untuk mengikuti kepercayaan sang raja.
Tapi Ashabul Kahfi menolak dan lari, dikejarlah mereka untuk dibunuh. Ketika mereka lari dari kepungan pasukan raja, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai tempat persembunyian.
Dengan izin Allah mereka kemudian ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua, dan dibangkitkan kembali ketika masyarakat dan raja mereka sudah berganti menjadi masyarakat dan raja yang beriman kepada Allah SWT.
(Ibnu Katsir; Tafsir al-Quran al-’Adzim; jilid:3 ; hal.67-71).

Di pendekkan cerita salah seorang daripada mereka bernama Tamlikha di utus ke pasar untuk membeli makanan dan sebagainya (walhal mereka tidak sedar yang mereka telah hidup di zaman yang berbeza). Dengan beberapa kepingan dinar dan dirham di tangan beliau pergi ke pasar.

Melihatkan suasana kota yang begitu berbeza/asing untuknya beliau menjadi kehairanan. Apabila sampai ke gerai roti berlaku dialog antaranya dengan penjual roti tersebut,
“Hai tukang roti, apakah nama kota ini?”
“Aphesus,” sahut penjual roti itu.
“Siapakah nama raja kalian?” tanya Tamlikha lagi. “Abdurrahman,” jawab penjual roti.
“Kalau yang kau katakan itu benar,” kata Tamlikha, “urusanku ini sungguh aneh sekali! Ambillah wang ini dan berilah makanan kepadaku!”
Melihat wang dinar itu, penjual roti kehairanan disebabkan wang yang dibawa Tamlikha itu adalah wang zaman lampau yang ukurannya lebih besar dan lebih berat.
Pendeta Yahudi yang bertanya itu kemudian berdiri lagi, lalu berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali, kalau benar-benar engkau mengetahui, cuba terangkan kepadaku berapa nilai wang dinar lama itu dibanding dengan wang baru!”

Imam Ali menerangkan:
“Kekasihku Muhammad Rasul Allah s.a.w. menceritakan kepadaku, bahwa wang yang dibawa oleh Tamlikha dibanding dengan wang baru, ialah setiap dirham lama bersamaan dengan sepuluh dan dua pertiga dirham baru!” (10 kali ganda)

Saidina Ali kemudian melanjutkan ceritanya: Penjual Roti lalu berkata kepada Tamlikha: “Aduhai, alangkah beruntungnya aku! Rupanya engkau baru menemukan harta karun! Berikan sisa wang itu kepadaku! Kalau tidak, engkau akan ku hadapkan kepada raja!”
“Aku tidak menjumpai harta karun,” jawab Tamlikha. “Wang ini ku dapat tiga hari yang lalu hasil dari hasil penjualan buah kurma berharga tiga dirham! Aku kemudian meninggalkan kota kerana orang-orang semuanya menyembah berhala Diqyanius!”
Penjual roti itu marah. Lalu berkata: “Apakah setelah engkau menemukan harta karun masih juga tidak rela menyerahkan sisa wangmu itu kepadaku?
Lagi pula engkau telah menyebut-nyebut seorang raja durhaka yang mengaku diri sebagai tuhan, padahal raja itu sudah mati lebih dari 300 tahun yang silam! Apakah dengan begitu engkau hendak memperolok-olok aku?”
Dan seterusnya…. (Boleh dibaca di sini: Saidina Ali menceritakan Ashabul Kahfi)

Versi dari Al Quran

Firman Allah dalam Al-Quran:

Surat Al-Kahf (The Cave) – سورة الكه (Ayat – 19)
  • “Dan demikian pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya) supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: “Berapa lama kamu tidur?” (Sebahagian dari) mereka menjawab: “Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari”. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: “Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak (dirham) kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.
Ayat tersebut di atas menerangkan bahawa mereka meminta salah seorang rakannya untuk membeli makanan di kota dengan wang peraknya. Tidak dijelaskan jumlahnya, tetapi yang jelas wang perak (dirham).
Kalau kita mengandaikan para pemuda tersebut membawa 2-3 keping wang perak saja, maka nilai pertukarannya ke nilai Ringgit Malaysia (RM) sekarang akan sekitar RM90.00. (sumber World Islamic Mint)

Dengan wang perak yang sama sekarang (1 Dirham sekarang sekitar RM30.00) kita dapat membeli makanan untuk beberapa orang. Jadi setelah lebih kurang 18 abad, kuasa beli wang perak secara relatifnya adalah sama.
Cuba bandingkan pada akhir tahun 70-an, dengan duit bekal RM0.50 sudah mencukupi sebagai bekalan untuk membeli nasi lemak serta air bungkus. Apakah sekarang ada lagi ke ibu bapa yang memberi nilai wang RM0.50 kepada anak-anak mereka?
Jawapannya sudah tentu TIDAK.

Jadi hanya dalam tempoh kurang dari 30 tahun saja, nilai wang kertas kita sudah amat sangat jauh perbezaan nilai atau kemampuan kuasa belinya.

Begitu juga dengan soal muamalah yang melibatkan wang dinar dan wang perak. Saya berkesempatan berkongsi pendapat dengan rakan niaga dari Brunei Darrussalam tentang penemuan menakjubkan baru-baru ini.

Dari perbualan itu juga kami baru sedar tentang konsep pinjam wang Islam. Bagaimana kalau kita berhutang 1 dinar, kalau nak bayar balik nanti hendaklah berjumlah 1 dinar juga. Tidak lebih atau tidak kurang kalau tidak ianya adalah Riba.

Mengapa dibayar 1 dinar juga mengapa bukan 1.5 dinar? Jawapannya adalah nilai dinar adalah stabil tidak berkurangan seperti wang kertas.

Ketika zaman Rasulullah SAW, harga seekor kambing adalah 1 Dinar. Ceritanya adalah seperti di bawah:
Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:
“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.
Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”
Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”
(riwayat al‐Bukhari, no 3642).






Produk-produk keluaran Amethyst PowerGold
Okie.. fast forward.. ke tahun 2010. Agak-agak boleh tak kita beli seekor kambing dengan 1 dinar? :)
Jawapannya.. ya, boleh!

Untuk pengetahuan anda, dengan 1 dinar emas anda masih boleh membeli seekor kambing.
Jadi disini saya akan cerita bagaimana cara membeli kambing dengan harga 1 dinar.

Tawaran daripada Green Acres Farm Sdn Bhd. (1 dinar untuk seekor kambing)

green_acres_farm
Daripada google search, saya mendapati ada satu syarikat iaitu Green Acres Farm Sdn Bhd di Dengkil, Selangor.
Mereka merupakan pembekal daging kambing Boer, Farel & baka serta menawarkan perkhidmatan aqiqah, korban, pawah dan latihan.
Pemilik syarikat berkenaan ialah En. Abdullah bin Ismail.
Beliau menawarkan pembelian seekor kambing dengan harga 1 dinar sahaja.
abdullah_ismail
En. Abdullah bin Ismail, pemilik Green Acres Farm Sdn. Bhd.
Beliau berkata, dengan harga 1 dinar anda boleh membeli seekor kambing baka farel berusia 2 tahun dengan berat lingkungan 30-35 kilogram. Kambing farel sesuai untuk akikah, korban, majlis kenduri, buat kambing golek.
Jika anda perlukan khidmat sembelih dan lapah, maka terdapat tambahan bayaran sebanyak 3 dirham.
kambing_1_dinar
1 Dinar untuk seekor kambing – pilihlah yang mana satu idaman hati :)
kambing_1dinar
Kambing ini harganya 1 dinar sahaja.

1 dinar untuk 2 ekor kambing.

Selain itu, dengan 1 dinar anda juga boleh membeli 2 ekor anak kambing.
Anak kambing berusia 6-9 bulan baka jenis boer (f3 – generasi ke 3) ini akan menjadi milik anda dengan hanya 1 dinar. Jika anda berminat menternak kambing maka bolehlah membeli anak-anak kambing ini daripada Green Acres Farm Sdn. Bhd.
kambing_2ekor_1dinar
Harga anak kambing ini adalah 2 ekor = 1 dinar sahaja

Pakej seekor kambing golek dengan harga 2 dinar.

En. Abdullah turut menawarkan pakej kambing golek dengan harga 2 dinar.
Kambing yang digunakan adalah daripada baka tempatan (boer @ kambing kampung), berumur 2 tahun dengan purata berat 30kg – 35kg. Pakej termasuk kos sembelih dan lapah, bakar golek dan penghantaran kepada pelanggan di sekitar Lembah Kelang.
Ini adalah nombor telefon En. Abdullah Ismail, jika anda berminat sila call atau sms beliau di talian 014-6666 996.

Alamat ladang adalah seperti berikut:
Green Acres Farm Sdn Bhd.
Lot 7735 Batu 27 Jalan Salak
Kampung Jenderam Hulu
43800 Dengkil
Selangor.

Begitulah sedikit sebanyak penemuan menarik yang saya jumpa. Subhanallah! Keajaiban Al-Quran.. Selama ini para saintis juga telah menemui keajaiban Al-Quran dengan bukti air laut bertemu air tawar, bukti planet mengelilingi matahari dan sebagainya.

Alhamdulillah melalui berniaga emas juga saya dapat menyampaikan dakwah tentang kebenaran Al-Quran dan hadis Nabi S.A.W semoga ilmu ini menjadi manfaat buat semua.

Fakta Dinar & Dirham
  • A chicken at the time of the Prophet, salla’llahu alaihi wa sallam, cost one dirham; today, 1,400 years later, a chicken costs approximately one dirham.
  • Zero inflation in 1,400 years
  • Gold and silver are the most stable currency the world has ever seen.Protect your wealth by buying gold and silver.
  • Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say: “A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham.”  (The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal)

Friday, July 22, 2011

KENAIKAN HARGA EMAS TAHUN 2010

Kenaikan harga emas tahun 2010 DALAM RM !!!!

Alhamdulillah syukur kepada Illahi. Dengan ilmu kurniaan-Nya, dengan ilham anugerah-Nya , dengan kecerahan akal fikiran yang dihadiahkan-Nya, pelaburan emas ternyata salah satu pencapaian yang menenangkan dada sepanjang tahun 2010 yang lalu.

Kepada sesiapa sahaja yang memilih emas sebagai salah satu portfolio pelaburan, maka rata-rata akan tersenyum lebar dengan pulangan pelaburan masing-masing. Ramai yang mewar-warkan kenaikan emas pada tahun lepas lebih daripada 25%. Memang betul, tetapi itu adalah nilainya dalam USD. Angka itu lebih tepat digunakan untuk pasaran Amerika Syarikat, kerana merekalah yang akan membandingkan samada kenaikan kos sara hidup terkesan atau tidak dengan kenaikan emas.



Berikut adalah graf kenaikan harga emas yang saya bandingkan antara kenaikan harga dalam USD per Oz.



Harga emas KITCO pada awal Januari 2010 ialah USD1121.50/oz.
Harga emas KITCO pada akhir Disember 2010 ialah USD1405.50 /oz.
....kenaikan sebanyak 25.3%.

Nilai tukaran wang RM/USD pada awal Januari 2010 ialah RM3.3971.
Nilai tukaran wang RM/USD pada akhir Disember 2010 ialah RM3.0835.

Jadi,
Harga emas dalam RM pada awal Januari 2010 ialah RM3809.85/oz.
Harga emas dalam RM pada akhir Disember 2010 ialah RM4333.86/oz.
....kenaikan sebanyak 13.8%.

Kenaikan harga emas dalam USD adalah sebanyak 25.3% berbanding kenaikan harga emas dalam RM dapat dilihat adalah sebanyak 13.8%. Ya, kita masih lagi boleh tersenyum kerana dividen ASB yang 'gah' keuntungannya diumum saban tahun barulah hanya sekitar 8.75% setahun sahaja. Sudah tentu antara angka 25.3% & 13.8%, yang pertama itu lebih WOW, tetapi amatlah dituntut supaya kita menceritakan sesuatu yang sesuai & terkait dengan situasi di mana kita berada, supaya di penghujung jalan nanti, tidak ada yang berkata, "Nak, harga pak cik beli dulu sampai sekarang ni, sudah setahun, tak sampai pun 20%?? Anak cakap dulu sampai 27% kan??" Ya, barangkali boleh sahaja kita menjawab, "Oh yang itu dalam KITCO pak cik. Harga dalam USD." Takut-takut nanti Pak Cik itu menjawab, "Nak, pak cik tinggal di Malaysia. Pak Cik berurusniaga semua dalam Ringgit Malaysia. Pak Cik nak tahu nilai naik tu dalam RM jugalah. Pak Cik tak nak berhijrah ke Amerika nak...". Maka terloponglah kita nanti..

Kembali kepada kisah ekonomi..

Antara faktor utama kenaikan harga emas adalah kerana "Money Creation" di mana wang dicetak dari awang-awangan atau mengikut istilah finansialnya "Quantitative Easing". Faktor ini jugalah yang akan terus mempengaruhi harga emas pada tahun 2011.

Justeru, apakah sebab berbezanya peratusan kenaikan harga emas dalam USD & RM?


Sebabnya adalah kerana RM telah bertambah kuat  berbanding USD yang terus melemah. Sejarahnya, pada awal Januari 2010, tukaran matawang tersebut adalah RM3.40/USD & pada akhir Disember 2010, adalah sebanyak RM3.08/USD. Secara kiraannya, pengukuhan matawang RM terhadap USD adalah lebih kurang 9%.

Namun begitu, secara peribadi, saya tidak menjangkakan pengukuhan matawang RM terhadap USD akan berlanjutan untuk tahun 2011. Walaupun pada awal proses tersebut, ia dilihat sebagai tanda kuatnya Ringgit, namun jika ini terus berpanjangan, ia akan melemahkan daya saing eksport Malaysia, kerana kesannya, harga barang keluaran negara akan bertambah mahal & tidak kompetitif di pasaran antarabangsa.

Mahu atau tidak, Bank Negara pasti memikirkan suatu cara supaya duit kita tidak terus mengukuh dan merugikan pasaran eksport. Jika USD jatuh nilainya, maka Malaysia juga terpaksa menjatuhkan nilai Ringgit, sepertimana yang telah & sedang dilakukan oleh negara-negara lain terhadap One-eyed Dollar itu. (Klik di sini). Kesan daripada ini, mangsanya adalah pengguna-pengguna RM sendiri, di mana kuasa beli kita akan menjunam, barang-barang akan menjadi mahal. Salah satu alasan yang sering diberikan oleh media adalah kerana naiknya  harga minyak. Benarkah?


Sebahagian besar daripada kita merasakan bahawa harga barang-barang seperti kejar-mengejar pendapatan kita. Mengapakah daya beli kita menurun & bagaimana pula untuk menanganinya? Secara bertahap, kita harus lindungi hasil penat lelah kita daripada risiko inflasi dengan sesuatu yang daya belinya bertahan. Di sinilah, emas sabagai salah satu caranya. Masih ingat pada suatu cerita di zaman Rasulullah?

"Ali bin Abdullah menceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan kepada kami, Syahib bin Gharqadah menceritakan kepada kami, ia berkata: saya mendengar penduduk bercerita tentang 'Urwah, bahwa Nabi SAW memberikan wang 1 Dinar kepadanya agar dibelikan seekor kambing untuk beliau; lalu dengan wang tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga 1 Dinar. Ia pulang membawa 1 Dinar & satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya 'Urwah membeli tanahpun, ia pasti beruntung." (H.R. Bukhari)

Kini, setelah 1400 tahun, pada zaman kita bernafas, harga kambing pun tetap juga 1 Dinar!!!

Semoga ia menjadi panduan kepada kita semua dalam membuat aturan pelaburan agar pulangannya mampu menyenangkan kita di masa depan.

Wallahu 'alam.

PANDANGAN ROBERT T. KIYOSAKI - EMAS DAN PERAK

Kejatuhan Harga Emas Menurut Robert Kiyosaki

Robert Kiyosaki adalah pengarang buku terlaris, 'Rich Dad, Poor Dad', "Retire Young Retire Rich" dan lain-lain lagi. 'Rich  Dad, Poor Dad' telah diterjemahkan ke 100 bahasa dan dijual lebih 26 juta naskhah seluruh dunia.

Saya tidak ingin menjual, saya menanti untuk membeli lebih emas dan perak jika harganya terus jatuh.

Robert Kiyosaki
 Robert telah mengulas tentang kejatuhan harga emas yang berlaku dalam bulan ini. Ada dua faktor yang menyebabkan harga emas jatuh.

Pertama, price correction. Emas telah berada dalam bull market sejak 10 tahun yang lalu, jadi harganya perlu jatuh. (Bull market ialah pasaran yang uptrend. Harganya sentiasa naik atau dijangka naik). 

Kedua, kenaikan kadar faedah (interest rate) bon di pasaran Asia (Asia adalah pembeli emas terbanyak, dengan kehadiran pembeli emas terbesar China & India).  Tidak ramai yang menyukai emas dan perak kerana tiadanya kadar faedah. Jadi apabila kadar faedah jatuh, harga emas dan perak naik, maka pelabur akan beralih kepada emas dan perak. Sekarang, kadar faedah di Asia meningkat mendorong sesetengah pelabur emas beralih kepada bon.

Ramai beranggapan gelembung buih (bubble)** China akan meletup dalam pertenggahan atau lewat 2011. Sekiranya buih China meletup, dunia juga akan meletup. Kerana itulah mereka meningkatkan kadar faedah untuk meredakan spekulasi.

Menurut Robert, dia percaya ekonomi dunia akan kekal utuh untuk sekurang-kurang 10 tahun lagi. Maka, beliau memberi galakan supaya sentiasa memberi perhatian kepada harga emas, perak, minyak, makanan dan kadar faedah. "Saya lebih mempercayai harga-harga tersebut berbanding kata-kata pemimpin kita," Robert.

Note : Saya lebih mempercayai emas dan perak daripada mempercayai janji-janji politik.

Beliau turut mengatakan ;


Jongkong Perak
Produk perak : Produk perak ini tiada kaitan dengan Negeri Perak.
Produk perak ini berbentuk kepingan, murah berbanding emas. Design kurang menarik dan kurang berseri macam gold bar (harganya tetap menarik). Mempunyai kadar kecairan yang rendah kerana tak diterima di ar-rahnu atau pun kedai-kedai emas. Tetapi kenaikan harga perak hanya pencinta perak saja yang tahu.

Siap – Siap !! Sampai Tahun 2020 Harga emas akan membumbung Tinggi ..!!


Inilah Pandangan Robert Kiyosaki Tentang Emas & Perak.. 

Ada sesuatu yang sangat penting di sebalik Emas & Perak..Check This Out ..


"Wang adalah buatan  manusia yg boleh dicetak sesuka hati , Sedangkan Emas & perak adalah ciptaan Tuhan....Rumusannya "Emas Tidak Boleh DiCipta"walaupun beberapa kalipun Saintis berusaha untuk menciptanya.


Emas &  Perak sangat terbatas dan sangat dicari, kerana pertumbuhan penduduk terus menerus sedangkan  emas & perak tidak tumbuh maka itu harga emas dan perak akan selangit ..konsep perdagangan "Permintaan Tinggi, Stok Sedikit Maka Harga Naik Melangit..." dan juga akan berlaku sebaliknya.



Kerana Itu Robert Kiyosaki Menyarankan :
-Tabunglah emas dan perak dari sekarang !!! Perak bahkan  berupaya menyamai emas karena semakin hari semakin habis !!!

Pandangan JIM ROGERS dalam bukunya HOT COMMODITIES :

  • Harga saham naik selama 20 tahun, berbanding terbalik dengan harga emas
  • 1960 – 1980 : harga  emas, perak  naik drastik  – harga saham mendatar
  • 1980 – 2000 : harga saham naik kencang , harga komoditi turun ( time to buy emas )
  • 2000 – 2020 : harga saham jatuh teruk , meletusnya bubble dotcom di 2007 – 2008 dan harga komoditi naik drastik ( Tahun inilah emas akan jaya – jaya-nya )
  • 2020 – 2040 : Jika sejarah berlanjutan pada tahun 2020 harga komoditi akan jatuh dan harga saham akan naik kencang !!! ( Siap – Siap Taking Profit Emas )
Kita sekarang berada di zaman komoditi cycle tahun 2000 – 2020 dengan jangkaannya emas akan naik terus sampai 2020 (Wawasan 2020).

Ketika pertama saya ikut dalam pelaburan emas ini, saya bermula membeli EMAS PublicGold dengan 1 Dinar (Emas 916) 4.25 gram pada harga RM660.00 pada Mei 2011 sebab masih was was keyakinan dengan pelaburan emas lebih menguntungkan.

Dan terkini sehingga 22 July 2011 harga 1 Dinar (Emas 916) 4.25 gram pada harga RM708.00 dan ini bermakna kenaikan telah berlaku sebanyak 7.2% dalam masa selama 3 bulan menurut kiraan saya.

Kenaikan Harga Emas Dunia dalam 10 Tahun Kebelakangan Ini


 Kenaikan Harga Perak Kebelakangan Ini


Blog Pencen Emas hari ini berkongsi tentang graf kenaikan harga Emas khasnya dan Perak untuk para pelabur yang melabur mulai Januari hingga Julai 2011. Bagi mereka yang masih belum percaya atau sangsi dengan graf kenaikan harga emas dan perak di sini saya kongsikan maklumat terperinci peratus kenaikan harga emas dan perak untuk tempoh sehari, sebulan, tujuh bulan dan satu tahun.

PERATUS KENAIKAN HARGA EMAS
Kenaikan Pada 15 Julai 2011 – 0.41%
Kenaikan Pada Bulan Jun – 4.37%
Kenaikan Dari Januari Hingga Kini – 14.73%
Kenaikan Dalam Tempoh 1 Tahun Dagangan (52 Minggu) – 32.23%
Kekuatan Trend Semasa – Strong Bullish 37/50

PERATUS KENAIKAN HARGA PERAK
Kenaikan Pada 15 Julai 2011 – 2.24%
Kenaikan Pada Bulan Jun – 10.85%
Kenaikan Dari Januari Hingga Kini – 27.91%
Kenaikan Dalam Tempoh 1 Tahun Dagangan (52 Minggu) – 114.96%
Kekuatan Trend Semasa – Strong Bullish 31/50

Maklumat pasaran nilai emas dan perak dunia serta sejarahnya kebelakangan ini boleh merujuk laman web pasaran emas dan perak di www.kitco.com/

Harga emas semasa pada 17 Julai 2011, jam 10.25 malam ialah 10 gram RM 1,731.00; 20 gram RM 3,429.00; 50 gram RM 8,533.00; 100 gram RM 16,987.00 dan 250 gram RM 42,267.00. Manakala harga semasa dinar emas 1 dinar RM 709.00; 5 dinar RM 3527.00; 10 dinar RM 7023.00.

Apa lagi antara kata "Financial Guru" Robert Kiyosaki
Siapa tak kenal Robert Kiyosaki?
Penulis buku Best Seller Rich Dad Poor Dad...

Buku "Rich Dad Poor Dad" : Financial GURU Robert T. Kiyosaki

Apa kata dia?
"The U.S. cannot save the Dollar. As a Result, don't save money. I bet against the dollar by purchasing Gold and Silver ~ Robert T. Kiyosaki"
CASH FLOW QUADRANT BY ROBERT T. KIYOSAKI
Renung-renungkan...fikir-fikirkan......

Jommmm Emas.....

Hubungi Saya  Call / Whatsapp /  Text Message ke 0165777103 (SAIFUL) untuk
Maklumat Lanjut.



EMAS DAN PERAK FIZIKAL SEBAGAI PELABURAN MASA DEPAN, MENGAPA?

Emas dan Perak ..Anda harus memilikinya

Bila bercakap pasal emas, pasti kita tidak akan terlepas untuk mendengar ungkapan:


"harga emas & perak sentiasa naik".
"emas & perak tahun ni, lagi murah dari tahun depan".
"baik beli sekarang, esok mahal, confirm tak boleh beli dah".
"kenaikan emas & perak, setahun 20 - 30% melebihi mana-mana instrumen yang lain".


Apakah ungkapan ini FAKTA atau AUTA. Saya sendiri seorang peniaga emas. Saya juga sering mengungkapkan ungkapan-ungkapan di atas tetapi disokong dengan bukti-bukti dan fakta-fakta yang boleh kita dapati kalau kita rajin untuk membaca dan mencari.


Ya, memang benar harga emas dan perak akan naik secara relatifnya. Namun, pada hakikatnya, emas dan perak  tidak mengalami sebarang kenaikan atau penurunan. . Kenaikan harga yang kita saksikan ialah pada ukuran dan sandaran nilai emas dan perak  itu semata-mata. Harga emas dan perak diukur dengan nilai mata wang. Harga emas dan perak kelihatan naik kerana nilai mata wang menyusut dan begitu juga sebaliknya. Tetapi jika dibuat sandaran dengan barangan, kita dapati tidak ada kenaikan harga yang berlaku. Kerana itu kita sering mendengar misalan perbandingan 1 dinar dengan seekor kambing dan 1 dirham dengan seekor ayam.


Benarkah harga emas dan perak tahun ini lebih murah? Apabila berbicara tentang komoditi, tidak kira sama ada emas, perak atau selainnya, pasti kita akan dapat melihat kenaikan dan penurunan harga berlaku selari dengan permintaan dan penawaran. Emas dan perak ialah komoditi dari sumber alam yang tidak boleh diperbahurui. Apabila permintaan melebihi penawaran, maka kenaikan harga berlaku dan begitulah sebaliknya. Selain itu, faktor luaran seperti keadaan politik dan ekonomi juga menyumbang pada ketidakstabilan harga. Memang benar sejarah membuktikan harga emas dan perak  sentiasa naik saban tahun tetapi dalam kenaikan tersebut, masih terdapat beberapa penurunan akibat beberapa faktor luaran.


Murah atau mahal nilai sesuatu barang adalah subjektif. Bagi yang berpendapatan rendah, nilai RM1000 sudah dikira amat mahal, tetapi bagi yang berpendapatan tinggi nilai RM1000 sama seperti RM100 di sisinya. Oleh sebab subjektifnya maksud murah dan mahal bagi setiap individu, maka milikilah emas kerana anda perlu menyimpannya sebagi penyimpan dan pelindung nilai dan bukan kerana harganya murah atau mahal.


Kenaikan harga emas dan perak hanya mampu dibuktikan berdasarkan sejarah. Tidak ada seorang manusia pun mampu meramal kepastian pada masa depan. Pandangan dan pendapat yang dilontarkan hanya berasaskan maklumat sejarah dan faktor-faktor yang menyokong teori mereka sahaja. Ramalan ini bukan dibuat seperti angan-angan kosong tetapi berdasarkan kajian ilmiah. Sesuatu itu hanya dapat disahkan tepat atau tidak apabila tiba masanya. Buat masa ini, jangkaan kenaikan harga emas sehingga USD5000/oz pada tahun 2012.




Kebaikan Mempunyai Emas

1. Emas ialah kekayaan sebenarnya

2. Penentu nilai matawang sesuatu negara

3. Harga emas stabil dan sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang

4. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang

5. Emas sebagai portfolio pelaburan alternatif

6. Emas sebagai aset yang terunggul

7. Nilai emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak dipengaruhi oleh faktor ekonomi dan politik

8. Mendidik masyarakat tentang pentingnya simpanan emas untuk kelangsungan hidup sewaktu kegawatan ekonomi dan politik

9. Malahirkan masyarakat yang celik ilmu tentang emas yang kalis inflasi

10. Memberi peluang kepada masyarakat untuk meningkatkan ekonomi melalui simpanan emas dan perniagaan emas
Kebelakangan ini kerap betul kita mendengan tentang EMAS sebagai medium pelaburan yang menarik. Akan tetapi apakah yang dimaksudkan dengan pelaburan EMAS itu? Adakah dengan membeli EMAS di kedai2 EMAS pada harga pasaran telah menjadikan anda pelabur EMAS yang bijak? Sudahkan anda tanya kepada pekedai-pekedai tersebut berapakah beza harga(sphread) jual/beli EMAS tersebut. 

Biarlah saya menjawabnya, biasanya mereka membeli balik pada kadar TOLAK 20-30%. Maknanya anda perlu tunggu harga EMAS tersebut naik sehingga 30% barulah anda mendapat balik MODAL anda. Lamanya!!!!! Jika anda membeli dengan kami sphreadnya cuma TOLAK 5-10% daripada harga jualan pada masa tersebut. Sabda Rasulullah SAW:

  “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan  boleh digunakan oleh    umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK) untuk digunakan]” 
– Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Sejarah Kenaikan Harga EMAS semenjak 10 tahun lepas memang amat menakjubkan. Adakah ini mainan para speculator ataupun ianya menunjukkan potensi sebenar EMAS sebagai medium pelaburan? 

Kami tidak dapat menjawabkan akan tetapi memang fakta2 kepesatan ekonomi CHINA dan INDIA, kedudukan kewangan AMERIKA yang semakin tenat sudah tentulah membawa kita kepada satu kenyataan yang nyata yang harga EMAS akan terus naik lagi.

Jika kenaikan harga PETROL boleh dibendung dengan pengenalan kereta Hybrid dan juga Biodiesel. Bagi EMAS tiada galang gantinya.









Dengan keadaan huru-hara yang berterusan di negara2 AFRIKA (negara pengeluar utama EMAS), sudah tentulah dalam masa terdekat ataupun jangka masa panjang pengeluaran EMAS akan menjadi kurang seterusnya melonjakkan lagi kenaikan harga EMAS. Jadi kenapakah kita perlu mengsesiakan peluang yang tak selalunya datang ini.

Kebiasaannya bila kita berbicara tentan topik EMAS, dialog-dialog seperti berikut pasti terkeluar dari mulut mereka yang masih belum memulakan pelaburan dalam emas.

Contohnya: 
“eh, emas mahal kan sekarang”
- betul, akan tetapi harganya akan terus naik dan naik lagi.

“erm…pelaburan emas ni jangkamasa panjangkan?! lambat la kalau nak untung”

- betul, kalau nak untung cepat kenalah join Skim Cepat Kaya ataupun MLM.

“saya ada jugak hasrat nak beli, tapi tunggu harga dia jatuh dan rendah lah macam tahun 2001 tu ke..boleh beli banyak-banyak”
- Jangan tunggu lama-lama, nanti anda yang menyesal tak sudah.

“betul ke pelaburan emas ni?! boleh percaya ke?!”

- kena berhati2lah memilih pihak yang menjualnya.

“takde duit la nak beli emas! duit nak pakai untuk banyak benda lagi, nak simpan untuk itu ini lagi”

- nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

“rasanya saya berminat jugak dengan benda ni, dah lama saya duk baca pasal emas ni, tapi saya kena kaji sikit lagi la kot, baru ready”
- anda telah datang pada tempat yang betul, kami boleh membimbing anda.

“saya pernah dengar orang-orang yang dah kaya cakap, dalam pelaburan ni akan ada satu masa dia akan jatuh merudum, haa…masa tulah baru saya beli emas ni, sure murah time tu kan! “
- anda telah datang pada tempat yang betul, kami boleh membimbing anda.


Bagi sesetengah orang yang belum melabur dalam emas, ayat-ayat sebegini adalah paling logik bagi mereka. Namun, pasti ada juga yang tersenyum apabila terbaca dialog-dialog yang sebegini kan?!. Ini kerana anda sememangnya orang yang telah sedar akan realiti pelaburan emas yang sebenar, jadi tahniah saya ucapkan.
Oleh yang demikian, buatlah keputusan untuk memiliki emas dan perak kerana anda faham dan tahu mengapa anda perlu memiliki emas dan perak.