Assalaamu’alaikum w.b.t… dan selamat sejahtera. Haiiizz sedih sungguh keadaaan di Zimbabwe ni. Kadar inflasinya terlalu tinggi pada tahun 2008. Kalau nak dibandingkan dengan Malaysia ni, jauh sangat2 la wahai saudara2 semua. Bolehkah saudara2 bayangkan, rakyat di sana rata2 mempunyai duit yang bertambun2, tetapi mereka masih lagi miskin. Pelik bunyinya kan?
Itulah bahana nya inflasi atau pencuri nilai wang kertas yang kita tidak nampak dari tahun ke tahun.
Mungkin anda pakcik makcik, atuk dan ninek serta anda yang berada Generasi Millenium dan seterusnya mengalami Bahana nya INFLASI di negara kita. Contohnya; pada suatu ketika dahulu zaman 1980-an saya dan rakan-rakan saya hanya memerlukan 30 Sen sahaja untuk bekalan belanja ke sekolah iaitu Nasi Lemak = 20 Sen manakali air hanya 10 Sen. Kenaikan harga barang terus dirasakan apabila saya pada Darjah Enam bekalan seterusnya nasi lemak 40 Sen dan air 20 Sen.
Sekarang anak-anak saya berbelanja paling tidak kurang sebanyak RM 2.00 sehari seorang dengan kiraan RM1.50 makanan dan RM0.50 Sen air. Inilah contohnya INFLASI yang hakikatnya semua kena terima untuk negara seluruh dunia.
Ekonomi sesuatu negara yang lemah dengan diburukkan lagi dengan sistem pemerintahan yang lemah, peperangan, kebuluran dan rasuah maka kehancuran akan melanda negara tersebut.
Disini saya ingin bercerita tentang apa yang telah dan hakikat kenyataan yang berlaku kepada negara Zimbabwe satu ketika dahulu, cerita ini bukan untuk memalukan negara tersebut tetapi hakikat yang melanda negara tersebut satu ketika dahulu.
Ini kerana kadar inflasi negara Zimbabwe telah mencapai hyper-inflasi. Cuba bayangkan, duit yang bernilai 500 juta dollars Zimbabwe yang baru dicetak pada bulan 5 yang lalu , lebih kurang nilainya dengan USD2 dollars sahaja.
Sampai orang pun dah malas nak kira duit, mereka hanya kira timbang je
Maka oleh itu bersyukur lah dengan keadaan pada kita khususnya dan negara kita amnya alami sekarang. Tetapi tidak bermakna kita harus berhenti dari berusaha untuk menjalankan undang-undang Islam. Kerana kewajipan adalah tetap kewajipan. Jangan sampai kita jadi begini dahulu baru nak laksanakan undang-undang Islam.
Marilah sama-sama kita membantu agama Allah, insyaAllah Dia akan bantu orang-orang yang membantu agamaNya. Jika kita bersyukur betul2, barulah usaha kita untuk menegakkan undang-undang Islam dan mengangkat Islam kembali berlaku dengan tenang. Barulah boleh buat kerja dengan tenang dan berhikmah, bukannya buat kerja dengan mendesak2, terlalu emosi dan terlalu kasar dan tidak berpuas hati. Ajaklah ke jalan Tuhanmu dengan berhikmah. Jika orang tidak mahu dengar lagi kata kita maka perlu banyak2 bersabar la, jangan kita pula mudah melenting.
Mahu mengajar orang yang jahil jangan pula sehinggakan kita yang jadi jahil sepertinya. Mahu didik orang yang jahat jangan pula kita yang jadi jahat sepertinya. Mahu bimbing orang yang sesat jangan kita pula yang sesat bersamanya.
Keadaan hyper inflasi seperti di atas ini boleh berlaku kerana banyak sebab yang antaranya kerana wujudnya sistem kapitalis dalam dunia ni. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin. Maka dengan itu tidak hairanlah banyak syarikat-syarikat gergasi yang sebelum ini kukuh kewangannya pun boleh jatuh bankrup seperti yang banyak berlaku hari ini. Syarikat yang lebih kukuh akan membeli pula syarikat itu. ‘Only the strong survive’ , itulah konsep mereka. Maka jadilah manusia dalam keadaan bersifat tamak , monopoli dan pentingkan diri sendiri, na’uzubillahi min zaalik.
Di negara kita sekarang pun makin bermasalah juga. Mengapa tidaknya, golongan ahli agama dan para ustaz pun ada yang mengumpul harta banyak-banyak sangat. Dah kalau golongan-golongan ini pun mengumpul harta banyak-banyak, anak-anak murid yang lain semua apa lagi. Saling mengumpul harta la jawabnya kerana para ustaz pun boleh kumpul harta dunia ni banyak-banyak. Sedangkan jika kita belajar sejarah Islam, nabi dan para sahabat agung semuanya menghabiskan harta untuk membantu golongan miskin , membebaskan hamba dan membantu agama Islam, masyaAllah. Dah banyak terbalik kita sekarang, hasil didikan British sejak dari MERDEKA (palsu) dahulu…….
Sepatutnya kita mesti ubah pola pemikiran kita. Bukan kerja mencari harta untuk menjadi KAYA, tetapi carilah harta banyak-banyak untuk bersedekah dan bahagi2kannya kepada golongan-golongan yang memerlukan dengan adil dan saksama. Itu baru cara terbaik sepertimana yang dilakukan oleh Nabi S.a.w dan para sahabat r.a. Kalau kita cari harta banyak2 dan kumpul setempat tanpa mengagih2kannya, apa guna harta tersebut? Kalau nak simpan pun, simpan lah yang berpada2 sahaja dan bukannya melebih2. Kena muhasabah diri dan kaji semula apa itu nilai yang berpada2 dan apa itu nilai yang melebih2. Sama2 kita fikir2 kan dan ambil pengiktibaran……. ;)
Renung-renungkan.....dan selamat beramal....
by ASaifulGold - 016-5777103
by ASaifulGold - 016-5777103