KENAPA EMAS & PERAK?


Urus Niaga Guna Emas Cegah Susut Nilai Mata Wang

Assalammualaikum dan apa khabar para pembaca. Semoga sihat sejahtera bersama keluarga tercinta.. Disini saya nak kongsikan saranan yang disampaikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak… jom baca petikan di bawah…

KUALA LUMPUR 14 Feb 2007. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, platform urus niaga syariah yang membolehkan emas digunakan dalam urus niaga akan dapat mencegah susut nilai dan penyusutan nilai mata wang.


Timbalan Perdana Menteri berkata, penggunaan dinar emas dan dirham perak boleh menjadi pendekatan alternatif untuk merancang pengurusan kekayaan.
“Tidak seperti mata wang konvensional yang berdepan dengan inflasi berterusan, nilai emas adalah stabil dan ia merupakan kaedah berkesan untuk melindungi kekayaan daripada inflasi dan krisis kewangan atau mata wang,’’ ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan kejayaan penyenaraian syarikat Malaysia, IGDX Holdings Ltd. di Bursa Saham Australia pada 9 Februari lalu, di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Ketua Pegawai Eksekutif IGDX Holdings Ltd., Datuk Dr. Shamshudeen Yunus.
IGDX Holdings Ltd. menjadi peserta penting dalam dunia perdagangan emas global apabila berjaya menyenaraikan landasan perdagangan emas antarabangsa gold for gold di Bursa Saham Australia (ASX).
Menurut Najib, sejajar dengan konsep Islam Hadhari, kemunculan dinar emas Islam pada era moden ini oleh syarikat tersebut telah mengimbas kembali legasi urus niaga Islam yang holistik.
Timbalan Perdana Menteri berkata, dinar emas Islam yang mempunyai sejarah 1,500 tahun lampau adalah satu nilai komoditi yang perlu dimiliki.
Tambah beliau, kejayaan syarikat IGDX ini perlu dicontohi oleh syarikat-syarikat lain kerana berjaya disenaraikan di luar negara.
“Kita mesti mempunyai wawasan, keberanian untuk berjaya di peringkat antarabangsa.
“Ini akan meletakkan Malaysia di peta dunia, sekali gus menjadi syarikat yang boleh dibanggakan oleh negara dan rakyat,’’ katanya.
Najib seterusnya berkata, kilang syarikat tersebut di Pulau Pinang yang merupakan kilang termaju dalam industri tersebut, boleh menghasilkan ketulenan ketulan emas pada tahap 999.
Syarikat tersebut, katanya, berhasrat meningkatkan lagi kemudahan kilangnya untuk mencapai tahap ketulenan ketulan emas pada kadar 999.9.
Katanya, IGDX juga berhasrat meluaskan pelaburan di lombong-lombong emas dan teknologi perlombongan emas.
‘’Inilah kejayaan glokal yang kita mahukan. Saya percaya kumpulan syarikat IGDX boleh menjadi contoh kepada syarikat senaraian tempatan untuk pergi ke peringkat antarabangsa,’’ katanya.- Arkib Utusan Malaysia Online.

Temuramah RTM TV 1 dengan CEO PublicGOLd

Komen Bekas Presiden BSKL : Datuk Salleh Majid
Di Rancangan Bijak Wang - TV3


Dr. Mahathir galak rakyat simpan emas

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.
Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.
“Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.
“Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia berkonsepkan syariah di sini, kelmarin.
Produk emas Genneva Malaysia dihasilkan dalam bentuk jongkong oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan memenuhi keperluan Syariah.
MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.
Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).
Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan
hmmm kali kedua artikal pasal saranan untuk menyimpan emas dikeluarkan…amacam?anda masih tak yakin?
saranan dari seorang bekas Pedana Menteri Malaysia yang kita tahu kelebihan beliau…
Jelaslah bahawa emas ini memang menguntungkan.. so sama-samalah kita perkasakan kewangan kita demi masa depan… dan ini petikan dari Tun Dr. Mahathir.
KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang


Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.
“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.
Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.
Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.
“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.
Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.
“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.
Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.
Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.
“Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.
Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.
So bagi mereka yang ingin mendapatkan emas dalam bentuk goldbar dan dinar boleh hubungi saya or agen yang berdekatan dengan anda.Mula langkah anda hari ini dengan 1 dinar.

Kepada sesiapa yang berminat untuk simpan dan melabur emas fizikal maka dipersilakan untuk menghubungi saya Saiful di 016-5777103