Tuesday, July 10, 2012

Simpan DINAR untuk menampung Kos Haji, Modal Lebih Cepat Pergi Haji

Salam kepada semua pembaca... 

Semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik selalu oleh yang Maha Kuasa.., Agak lama saya tinggalkan blog website ni..ada urusan-urusan lain perlu dilaksanakan...

Post kali ini saya hendak sentuh tentang menampung kos Haji dengan menggunakan Dinar emas. Ramai di antara kita di sini yang mungkin terlepas pandang, bahawa sebenarnya, kos menunaikan haji jika dibiayai oleh dinar emas adalah semakin berkurang dari tahun ke tahun. 

Hal ini terjadi kerana berlakunya kenaikan nilai emas pada setiap tahun. Wang simpanan kita yang cukup untuk membeli emas contohnya dengan membeli Emas Dinar, tidak kiralah sedikit demi sedikit maka kita dapat membiayai kos Haji dengan lebih cepat dan menguntungkan.

Contohnya dengan katakan dengan menggunakan wang simpanan gaji atau untung perniagaan;

Simpanan Gaji = Rm200 sebulan
Harga Emas Dinar 2012 = Rm700-RM800 (bergantung dengan Harga Emas Pasaran)
Jadi dengan mengambil kira harga yang tertinggi Rm800 katakan, maka simpan Rm200 selama 4 bulan maka dah dapatlah 1 Dinar. 

Berdasarkan rekod yang diperoleh, dapat dianggarkan bahawa, pada tahun 2015, kos menunaikan Haji hanya memerlukan 10 Dinar Emas sahaja.  
Kalau simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit maknanya kiraannya, 1 dinar = 4 bulan dan 10 dinar = 40 bulan (kurang 4 tahun). 

Kalau simpan lebih daripada 10 dinar emas maknanya sudah ada lebihan simpanan untuk pelbagai kegunaan lain contohnya menaja ahli keluarga pegi haji , simpanan pendidikan anak-anak, simpanan perbelanjaan perubatan atau simpanan modal perniagaan dan sebagainya.



Berikut adalah kiraan kos haji bagi tahun-tahun yang lepas berdasarkan nilai dinar emas;

Tahun 2002:-1 Dinar = RM 140Kos Haji = 65 keping (ikut gambar graf di bawah) X RM 140Jumlah = RM9,100.00Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.

Tahun 2009:-1 Dinar = RM 502Kos Haji = 18 keping (ikut gambar graf di bawah) X RM 502Jumlah = RM 9,036.00Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.

Tahun 2010:-1 Dinar = RM 595Kos Haji = 17 keping x RM 595Jumlah = RM 10,115.00 ( Kos haji pada tahun 2010 hanya RM 9,980)


Sumber kos Haji boleh dibaca di BERITA HARIAN

Oleh itu, marilah kita mula menyimpan Dinar sebagai persediaan kita untuk menunaikan Haji.. Mulakan niat di dalam hati untuk menyimpan Dinar, untuk membiayai kos Haji...InsyaALLAH akan dipermudahkan segala urusan dan proses anda untuk mula menyimpan dan juga pelaburan masa depan kita.


Sekiranya anda benar2 berminat dan ingin mula menyimpan Dinar emas, segera hubungi saya di 
016-5777103 (SAIFUL)