Komoditi emas mula di dagangkan di Spot Market bermula pada tahun 1992, ianya bermula dengan harga serendah $345.63 per oz bersamaan RM 38.50 segram (mengambil kira $1 = RM 3.50), kemudian pada tahun 1996, di sebabkan kemelesetan ekonomi dunia harga emas telah menurun kepada paras terendah untuk selama2nye iaitu pada harga $249.42 per oz. Disebabkan krisis kemelesetan yang begitu hebat pada waktu itu, ekonomi dunia dan komoditi emas mengambil masa selama hampir 5 tahun untuk proses "Recovery" atau baik pulih semula iaitu sehingga pada tahun 2001.
Graf menunjukan kenaikan harga emas dunia...
Sejak dari itu harga emas di pasaran dunia terus-menerus meningkat saban tahun sehinggalah pada tahun 2007, sekali lagi krisis ekonomi berlaku di sebabkan "Sub-Prime Crisis" atau krisis sub-prima sekaligus menyebabkan harga emas menurun daripada $963.69 kepada $724.63. Namun, berpandukan kisah hitam 10 tahun yang lalu, beberapa langkah drastik telah diambil oleh A.S untuk memperbaiki krisis itu, dan dalam hanya beberapa bulan sahaja harga emas telah kembali meningkat kepada $981.18 per oz. Bertitik tolak dari krisis dunia kali ke-2 ini, masyarakat telah mula sedar bahawa punca kepada semua krisis ekonomi dunia ialah disebabkan pengamalan sistem ekonomi kapitalis yang menyebabkan berlakunya Inflasi (kejatuhan nilai wang) dari tahun ke tahun di seluruh dunia.
Kesinambungan itu, ramai masyarakat telah mula menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas fizikal berbanding wang ringgit, yang mana ianya memegang nilainya sendiri dan tidak seperti wang kertas yang mana nilainya perlu bersandarkan dengan rizab simpanan emas di sesebuah negara itu. Sejak itu harga emas terus meningkat saban tahun iaitu dari $981.18 per oz, kini telah mencapai paras tertinggi dalam sejarah harga emas dunia iaitu melebihi $1270.00 per oz!! Lihat, betapa tingginya permintaan terhadap besi kuning ini sedangkan penawarannya amat terhad dan ianya adalah semulajadi.
Justeru, marilah sama-sama kita menyimpan kekayaan dalam bentuk emas, agar wang yang disimpan tidak susut nilainya di telan Inflasi.
Emas bernilai untuk selama-lamanya.
Salah satu keistimewaan emas yang ialah manusia mengiktirafnya sebagai benda yang berharga. Kebanyakan benda memiliki nilai yang terhad kepada had masa dan had tempat. Namun nilai emas tiada had masa dan had tempat. Sesiapa yang menyimpan kekayaan dan membuat pelaburan di dalam bentuk emas tidak perlu risau risiko kehilangan kekayaan.Jika emas anda menjadi debu sekali pun ia tetap bernilai. Sebab itulah emas adalah kekayaan yang sebenarnya dan pelaburan emas adalah yang terbaik untuk jangka masa panjang.
Gambar: Di dalam bentuk debu sekalipun emas tetap berharga.
6000 tahun yang lalu ketika zaman Mesir purba, emas dijadikan di dalam bentuk jongkong dan digunakan sebagai media pertukaran – menunjukkan emas bernilai dan diterima umum.
2600 tahun yang lalu Kerajaan Lydia mengeluarkan syiling emas pertama dunia, The Lydian Lion. Ia menunjukkan bahawa ribuan tahun dahulu hati manusia sudah tertarik kepada emas dan menggunakannya sebagai wang.
Syiling emas pertama dunia: The Lydian Lion
Sehingga sekarang hati manusia masih lagi tertarik kepada emas.
Soalan: Adakah emas akan terus bernilai pada masa hadapan?
Jawapan terhadap soalan ini terdapat di dalam Al-Quran, surah Al-Hajj ayat 23. Ayat ini menerangkan bahawa Allah SWT akan memberikan penduduk syurga gelang-gelang yang diperbuat daripada emas dan mutiara sebagai hadiah.Dengan kata lain Allah SWT pun memilih emas sebagai hadiah kepada hamba-hambanya yang berjaya.
Ini jelas membuktikan kepada kita bahawa emas bukan sekadar bernilai di dunia, malah ia tetap bernilai di akhirat kelak.
Emas adalah aset yang terunggul.
Satu lagi keistimewaan emas ialah ia merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada tunai. Dengan kata lain emas merupakan aset yang sangat cair.
Dengan memiliki emas dan membuat pelaburan emas, anda boleh menukarkannya kepada tunai dengan mudah dengan menggunakan kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu (contohnya Ar-Rahnu Agrobank, Ar- Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Yapeim dan banyak lagi).
Institusi Ar-Rahnu boleh memberikan pinjaman antara 65% – 70% daripada nilai emas anda. Nilai pinjaman ini pula dikira berdasarkan kepada harga emas semasa.
Apabila harga emas semakin meningkat, maka nilai pinjaman yang anda akan terima menjadi semakin meningkat.
Menyimpan emas dan membuat pelaburan emas memang menguntungkan.
Kajian kes: Pelarian Perang Vietnam (1955-1975)
Salah satu contoh terbaik bagaimana emas boleh membantu seseorang memulakan kehidupan boleh dilihat ketika berlaku peperangan di Vietnam. Ketika perang Vietnam sekitar1970-an, beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam Selatan telah lari meninggalkan kampung halaman mereka.
Mereka menjual seluruh harga benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka. Kesemua ini ditukarkan kedalam bentuk emas.
Kemudian, barulah mereka melarikan diri. Mereka sedar bahawa emas diterima di seluruh dunia. Dengan menyimpan emas, pelarian Vietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka dengan mudah di negara persinggahan mereka.
Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam Selatan? Apa yang akan berlaku? Sudah pasti mereka tidak dapat menukarnya kerana wang kertas Vietnam Selatan tidak laku.
Oleh sebab itu anda perlu menyimpan emas. Ia bernilai di mana sahaja.
Gambar: Pelarian Vietnam yang melarikan diri melalui bot
Gambar: Emas Kim-Thanh- antara yang dibawa pelarian Vietnam
Gambar: Tun Mahathir berbicara tentang EMAS