Emas dan Perak ..Anda harus memilikinya
"harga emas & perak sentiasa naik".
"emas & perak tahun ni, lagi murah dari tahun depan".
"baik beli sekarang, esok mahal, confirm tak boleh beli dah".
"kenaikan emas & perak, setahun 20 - 30% melebihi mana-mana instrumen yang lain".
Apakah ungkapan ini FAKTA atau AUTA. Saya sendiri seorang peniaga emas. Saya juga sering mengungkapkan ungkapan-ungkapan di atas tetapi disokong dengan bukti-bukti dan fakta-fakta yang boleh kita dapati kalau kita rajin untuk membaca dan mencari.
Ya, memang benar harga emas dan perak akan naik secara relatifnya. Namun, pada hakikatnya, emas dan perak tidak mengalami sebarang kenaikan atau penurunan. . Kenaikan harga yang kita saksikan ialah pada ukuran dan sandaran nilai emas dan perak itu semata-mata. Harga emas dan perak diukur dengan nilai mata wang. Harga emas dan perak kelihatan naik kerana nilai mata wang menyusut dan begitu juga sebaliknya. Tetapi jika dibuat sandaran dengan barangan, kita dapati tidak ada kenaikan harga yang berlaku. Kerana itu kita sering mendengar misalan perbandingan 1 dinar dengan seekor kambing dan 1 dirham dengan seekor ayam.
Benarkah harga emas dan perak tahun ini lebih murah? Apabila berbicara tentang komoditi, tidak kira sama ada emas, perak atau selainnya, pasti kita akan dapat melihat kenaikan dan penurunan harga berlaku selari dengan permintaan dan penawaran. Emas dan perak ialah komoditi dari sumber alam yang tidak boleh diperbahurui. Apabila permintaan melebihi penawaran, maka kenaikan harga berlaku dan begitulah sebaliknya. Selain itu, faktor luaran seperti keadaan politik dan ekonomi juga menyumbang pada ketidakstabilan harga. Memang benar sejarah membuktikan harga emas dan perak sentiasa naik saban tahun tetapi dalam kenaikan tersebut, masih terdapat beberapa penurunan akibat beberapa faktor luaran.
Murah atau mahal nilai sesuatu barang adalah subjektif. Bagi yang berpendapatan rendah, nilai RM1000 sudah dikira amat mahal, tetapi bagi yang berpendapatan tinggi nilai RM1000 sama seperti RM100 di sisinya. Oleh sebab subjektifnya maksud murah dan mahal bagi setiap individu, maka milikilah emas kerana anda perlu menyimpannya sebagi penyimpan dan pelindung nilai dan bukan kerana harganya murah atau mahal.
Kenaikan harga emas dan perak hanya mampu dibuktikan berdasarkan sejarah. Tidak ada seorang manusia pun mampu meramal kepastian pada masa depan. Pandangan dan pendapat yang dilontarkan hanya berasaskan maklumat sejarah dan faktor-faktor yang menyokong teori mereka sahaja. Ramalan ini bukan dibuat seperti angan-angan kosong tetapi berdasarkan kajian ilmiah. Sesuatu itu hanya dapat disahkan tepat atau tidak apabila tiba masanya. Buat masa ini, jangkaan kenaikan harga emas sehingga USD5000/oz pada tahun 2012.
Kebaikan Mempunyai Emas
1. Emas ialah kekayaan sebenarnya
2. Penentu nilai matawang sesuatu negara
3. Harga emas stabil dan sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang
4. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
5. Emas sebagai portfolio pelaburan alternatif
6. Emas sebagai aset yang terunggul
7. Nilai emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak dipengaruhi oleh faktor ekonomi dan politik
8. Mendidik masyarakat tentang pentingnya simpanan emas untuk kelangsungan hidup sewaktu kegawatan ekonomi dan politik
9. Malahirkan masyarakat yang celik ilmu tentang emas yang kalis inflasi
10. Memberi peluang kepada masyarakat untuk meningkatkan ekonomi melalui simpanan emas dan perniagaan emas

Kebelakangan ini kerap betul kita mendengan tentang EMAS sebagai medium pelaburan yang menarik. Akan tetapi apakah yang dimaksudkan dengan pelaburan EMAS itu? Adakah dengan membeli EMAS di kedai2 EMAS pada harga pasaran telah menjadikan anda pelabur EMAS yang bijak? Sudahkan anda tanya kepada pekedai-pekedai tersebut berapakah beza harga(sphread) jual/beli EMAS tersebut.
Biarlah saya menjawabnya, biasanya mereka membeli balik pada kadar TOLAK 20-30%. Maknanya anda perlu tunggu harga EMAS tersebut naik sehingga 30% barulah anda mendapat balik MODAL anda. Lamanya!!!!! Jika anda membeli dengan kami sphreadnya cuma TOLAK 5-10% daripada harga jualan pada masa tersebut. Sabda Rasulullah SAW:
“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK) untuk digunakan]”
– Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
Sejarah Kenaikan Harga EMAS semenjak 10 tahun lepas memang amat menakjubkan. Adakah ini mainan para speculator ataupun ianya menunjukkan potensi sebenar EMAS sebagai medium pelaburan?
Kami tidak dapat menjawabkan akan tetapi memang fakta2 kepesatan ekonomi CHINA dan INDIA, kedudukan kewangan AMERIKA yang semakin tenat sudah tentulah membawa kita kepada satu kenyataan yang nyata yang harga EMAS akan terus naik lagi.
Jika kenaikan harga PETROL boleh dibendung dengan pengenalan kereta Hybrid dan juga Biodiesel. Bagi EMAS tiada galang gantinya.
Dengan keadaan huru-hara yang berterusan di negara2 AFRIKA (negara pengeluar utama EMAS), sudah tentulah dalam masa terdekat ataupun jangka masa panjang pengeluaran EMAS akan menjadi kurang seterusnya melonjakkan lagi kenaikan harga EMAS. Jadi kenapakah kita perlu mengsesiakan peluang yang tak selalunya datang ini.
Kebiasaannya bila kita berbicara tentan topik EMAS, dialog-dialog seperti berikut pasti terkeluar dari mulut mereka yang masih belum memulakan pelaburan dalam emas.
Contohnya:
Contohnya:
“eh, emas mahal kan sekarang”
- betul, akan tetapi harganya akan terus naik dan naik lagi.
“erm…pelaburan emas ni jangkamasa panjangkan?! lambat la kalau nak untung”
- betul, kalau nak untung cepat kenalah join Skim Cepat Kaya ataupun MLM.
“saya ada jugak hasrat nak beli, tapi tunggu harga dia jatuh dan rendah lah macam tahun 2001 tu ke..boleh beli banyak-banyak”
- Jangan tunggu lama-lama, nanti anda yang menyesal tak sudah.
“betul ke pelaburan emas ni?! boleh percaya ke?!”
- kena berhati2lah memilih pihak yang menjualnya.
“takde duit la nak beli emas! duit nak pakai untuk banyak benda lagi, nak simpan untuk itu ini lagi”
- nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

“rasanya saya berminat jugak dengan benda ni, dah lama saya duk baca pasal emas ni, tapi saya kena kaji sikit lagi la kot, baru ready”
- anda telah datang pada tempat yang betul, kami boleh membimbing anda.
“saya pernah dengar orang-orang yang dah kaya cakap, dalam pelaburan ni akan ada satu masa dia akan jatuh merudum, haa…masa tulah baru saya beli emas ni, sure murah time tu kan! “
- anda telah datang pada tempat yang betul, kami boleh membimbing anda.
Bagi sesetengah orang yang belum melabur dalam emas, ayat-ayat sebegini adalah paling logik bagi mereka. Namun, pasti ada juga yang tersenyum apabila terbaca dialog-dialog yang sebegini kan?!. Ini kerana anda sememangnya orang yang telah sedar akan realiti pelaburan emas yang sebenar, jadi tahniah saya ucapkan.