Friday, July 22, 2011

KENAIKAN HARGA EMAS TAHUN 2010

Kenaikan harga emas tahun 2010 DALAM RM !!!!

Alhamdulillah syukur kepada Illahi. Dengan ilmu kurniaan-Nya, dengan ilham anugerah-Nya , dengan kecerahan akal fikiran yang dihadiahkan-Nya, pelaburan emas ternyata salah satu pencapaian yang menenangkan dada sepanjang tahun 2010 yang lalu.

Kepada sesiapa sahaja yang memilih emas sebagai salah satu portfolio pelaburan, maka rata-rata akan tersenyum lebar dengan pulangan pelaburan masing-masing. Ramai yang mewar-warkan kenaikan emas pada tahun lepas lebih daripada 25%. Memang betul, tetapi itu adalah nilainya dalam USD. Angka itu lebih tepat digunakan untuk pasaran Amerika Syarikat, kerana merekalah yang akan membandingkan samada kenaikan kos sara hidup terkesan atau tidak dengan kenaikan emas.



Berikut adalah graf kenaikan harga emas yang saya bandingkan antara kenaikan harga dalam USD per Oz.



Harga emas KITCO pada awal Januari 2010 ialah USD1121.50/oz.
Harga emas KITCO pada akhir Disember 2010 ialah USD1405.50 /oz.
....kenaikan sebanyak 25.3%.

Nilai tukaran wang RM/USD pada awal Januari 2010 ialah RM3.3971.
Nilai tukaran wang RM/USD pada akhir Disember 2010 ialah RM3.0835.

Jadi,
Harga emas dalam RM pada awal Januari 2010 ialah RM3809.85/oz.
Harga emas dalam RM pada akhir Disember 2010 ialah RM4333.86/oz.
....kenaikan sebanyak 13.8%.

Kenaikan harga emas dalam USD adalah sebanyak 25.3% berbanding kenaikan harga emas dalam RM dapat dilihat adalah sebanyak 13.8%. Ya, kita masih lagi boleh tersenyum kerana dividen ASB yang 'gah' keuntungannya diumum saban tahun barulah hanya sekitar 8.75% setahun sahaja. Sudah tentu antara angka 25.3% & 13.8%, yang pertama itu lebih WOW, tetapi amatlah dituntut supaya kita menceritakan sesuatu yang sesuai & terkait dengan situasi di mana kita berada, supaya di penghujung jalan nanti, tidak ada yang berkata, "Nak, harga pak cik beli dulu sampai sekarang ni, sudah setahun, tak sampai pun 20%?? Anak cakap dulu sampai 27% kan??" Ya, barangkali boleh sahaja kita menjawab, "Oh yang itu dalam KITCO pak cik. Harga dalam USD." Takut-takut nanti Pak Cik itu menjawab, "Nak, pak cik tinggal di Malaysia. Pak Cik berurusniaga semua dalam Ringgit Malaysia. Pak Cik nak tahu nilai naik tu dalam RM jugalah. Pak Cik tak nak berhijrah ke Amerika nak...". Maka terloponglah kita nanti..

Kembali kepada kisah ekonomi..

Antara faktor utama kenaikan harga emas adalah kerana "Money Creation" di mana wang dicetak dari awang-awangan atau mengikut istilah finansialnya "Quantitative Easing". Faktor ini jugalah yang akan terus mempengaruhi harga emas pada tahun 2011.

Justeru, apakah sebab berbezanya peratusan kenaikan harga emas dalam USD & RM?


Sebabnya adalah kerana RM telah bertambah kuat  berbanding USD yang terus melemah. Sejarahnya, pada awal Januari 2010, tukaran matawang tersebut adalah RM3.40/USD & pada akhir Disember 2010, adalah sebanyak RM3.08/USD. Secara kiraannya, pengukuhan matawang RM terhadap USD adalah lebih kurang 9%.

Namun begitu, secara peribadi, saya tidak menjangkakan pengukuhan matawang RM terhadap USD akan berlanjutan untuk tahun 2011. Walaupun pada awal proses tersebut, ia dilihat sebagai tanda kuatnya Ringgit, namun jika ini terus berpanjangan, ia akan melemahkan daya saing eksport Malaysia, kerana kesannya, harga barang keluaran negara akan bertambah mahal & tidak kompetitif di pasaran antarabangsa.

Mahu atau tidak, Bank Negara pasti memikirkan suatu cara supaya duit kita tidak terus mengukuh dan merugikan pasaran eksport. Jika USD jatuh nilainya, maka Malaysia juga terpaksa menjatuhkan nilai Ringgit, sepertimana yang telah & sedang dilakukan oleh negara-negara lain terhadap One-eyed Dollar itu. (Klik di sini). Kesan daripada ini, mangsanya adalah pengguna-pengguna RM sendiri, di mana kuasa beli kita akan menjunam, barang-barang akan menjadi mahal. Salah satu alasan yang sering diberikan oleh media adalah kerana naiknya  harga minyak. Benarkah?


Sebahagian besar daripada kita merasakan bahawa harga barang-barang seperti kejar-mengejar pendapatan kita. Mengapakah daya beli kita menurun & bagaimana pula untuk menanganinya? Secara bertahap, kita harus lindungi hasil penat lelah kita daripada risiko inflasi dengan sesuatu yang daya belinya bertahan. Di sinilah, emas sabagai salah satu caranya. Masih ingat pada suatu cerita di zaman Rasulullah?

"Ali bin Abdullah menceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan kepada kami, Syahib bin Gharqadah menceritakan kepada kami, ia berkata: saya mendengar penduduk bercerita tentang 'Urwah, bahwa Nabi SAW memberikan wang 1 Dinar kepadanya agar dibelikan seekor kambing untuk beliau; lalu dengan wang tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga 1 Dinar. Ia pulang membawa 1 Dinar & satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya 'Urwah membeli tanahpun, ia pasti beruntung." (H.R. Bukhari)

Kini, setelah 1400 tahun, pada zaman kita bernafas, harga kambing pun tetap juga 1 Dinar!!!

Semoga ia menjadi panduan kepada kita semua dalam membuat aturan pelaburan agar pulangannya mampu menyenangkan kita di masa depan.

Wallahu 'alam.

PANDANGAN ROBERT T. KIYOSAKI - EMAS DAN PERAK

Kejatuhan Harga Emas Menurut Robert Kiyosaki

Robert Kiyosaki adalah pengarang buku terlaris, 'Rich Dad, Poor Dad', "Retire Young Retire Rich" dan lain-lain lagi. 'Rich  Dad, Poor Dad' telah diterjemahkan ke 100 bahasa dan dijual lebih 26 juta naskhah seluruh dunia.

Saya tidak ingin menjual, saya menanti untuk membeli lebih emas dan perak jika harganya terus jatuh.

Robert Kiyosaki
 Robert telah mengulas tentang kejatuhan harga emas yang berlaku dalam bulan ini. Ada dua faktor yang menyebabkan harga emas jatuh.

Pertama, price correction. Emas telah berada dalam bull market sejak 10 tahun yang lalu, jadi harganya perlu jatuh. (Bull market ialah pasaran yang uptrend. Harganya sentiasa naik atau dijangka naik). 

Kedua, kenaikan kadar faedah (interest rate) bon di pasaran Asia (Asia adalah pembeli emas terbanyak, dengan kehadiran pembeli emas terbesar China & India).  Tidak ramai yang menyukai emas dan perak kerana tiadanya kadar faedah. Jadi apabila kadar faedah jatuh, harga emas dan perak naik, maka pelabur akan beralih kepada emas dan perak. Sekarang, kadar faedah di Asia meningkat mendorong sesetengah pelabur emas beralih kepada bon.

Ramai beranggapan gelembung buih (bubble)** China akan meletup dalam pertenggahan atau lewat 2011. Sekiranya buih China meletup, dunia juga akan meletup. Kerana itulah mereka meningkatkan kadar faedah untuk meredakan spekulasi.

Menurut Robert, dia percaya ekonomi dunia akan kekal utuh untuk sekurang-kurang 10 tahun lagi. Maka, beliau memberi galakan supaya sentiasa memberi perhatian kepada harga emas, perak, minyak, makanan dan kadar faedah. "Saya lebih mempercayai harga-harga tersebut berbanding kata-kata pemimpin kita," Robert.

Note : Saya lebih mempercayai emas dan perak daripada mempercayai janji-janji politik.

Beliau turut mengatakan ;


Jongkong Perak
Produk perak : Produk perak ini tiada kaitan dengan Negeri Perak.
Produk perak ini berbentuk kepingan, murah berbanding emas. Design kurang menarik dan kurang berseri macam gold bar (harganya tetap menarik). Mempunyai kadar kecairan yang rendah kerana tak diterima di ar-rahnu atau pun kedai-kedai emas. Tetapi kenaikan harga perak hanya pencinta perak saja yang tahu.

Siap – Siap !! Sampai Tahun 2020 Harga emas akan membumbung Tinggi ..!!


Inilah Pandangan Robert Kiyosaki Tentang Emas & Perak.. 

Ada sesuatu yang sangat penting di sebalik Emas & Perak..Check This Out ..


"Wang adalah buatan  manusia yg boleh dicetak sesuka hati , Sedangkan Emas & perak adalah ciptaan Tuhan....Rumusannya "Emas Tidak Boleh DiCipta"walaupun beberapa kalipun Saintis berusaha untuk menciptanya.


Emas &  Perak sangat terbatas dan sangat dicari, kerana pertumbuhan penduduk terus menerus sedangkan  emas & perak tidak tumbuh maka itu harga emas dan perak akan selangit ..konsep perdagangan "Permintaan Tinggi, Stok Sedikit Maka Harga Naik Melangit..." dan juga akan berlaku sebaliknya.



Kerana Itu Robert Kiyosaki Menyarankan :
-Tabunglah emas dan perak dari sekarang !!! Perak bahkan  berupaya menyamai emas karena semakin hari semakin habis !!!

Pandangan JIM ROGERS dalam bukunya HOT COMMODITIES :

  • Harga saham naik selama 20 tahun, berbanding terbalik dengan harga emas
  • 1960 – 1980 : harga  emas, perak  naik drastik  – harga saham mendatar
  • 1980 – 2000 : harga saham naik kencang , harga komoditi turun ( time to buy emas )
  • 2000 – 2020 : harga saham jatuh teruk , meletusnya bubble dotcom di 2007 – 2008 dan harga komoditi naik drastik ( Tahun inilah emas akan jaya – jaya-nya )
  • 2020 – 2040 : Jika sejarah berlanjutan pada tahun 2020 harga komoditi akan jatuh dan harga saham akan naik kencang !!! ( Siap – Siap Taking Profit Emas )
Kita sekarang berada di zaman komoditi cycle tahun 2000 – 2020 dengan jangkaannya emas akan naik terus sampai 2020 (Wawasan 2020).

Ketika pertama saya ikut dalam pelaburan emas ini, saya bermula membeli EMAS PublicGold dengan 1 Dinar (Emas 916) 4.25 gram pada harga RM660.00 pada Mei 2011 sebab masih was was keyakinan dengan pelaburan emas lebih menguntungkan.

Dan terkini sehingga 22 July 2011 harga 1 Dinar (Emas 916) 4.25 gram pada harga RM708.00 dan ini bermakna kenaikan telah berlaku sebanyak 7.2% dalam masa selama 3 bulan menurut kiraan saya.

Kenaikan Harga Emas Dunia dalam 10 Tahun Kebelakangan Ini


 Kenaikan Harga Perak Kebelakangan Ini


Blog Pencen Emas hari ini berkongsi tentang graf kenaikan harga Emas khasnya dan Perak untuk para pelabur yang melabur mulai Januari hingga Julai 2011. Bagi mereka yang masih belum percaya atau sangsi dengan graf kenaikan harga emas dan perak di sini saya kongsikan maklumat terperinci peratus kenaikan harga emas dan perak untuk tempoh sehari, sebulan, tujuh bulan dan satu tahun.

PERATUS KENAIKAN HARGA EMAS
Kenaikan Pada 15 Julai 2011 – 0.41%
Kenaikan Pada Bulan Jun – 4.37%
Kenaikan Dari Januari Hingga Kini – 14.73%
Kenaikan Dalam Tempoh 1 Tahun Dagangan (52 Minggu) – 32.23%
Kekuatan Trend Semasa – Strong Bullish 37/50

PERATUS KENAIKAN HARGA PERAK
Kenaikan Pada 15 Julai 2011 – 2.24%
Kenaikan Pada Bulan Jun – 10.85%
Kenaikan Dari Januari Hingga Kini – 27.91%
Kenaikan Dalam Tempoh 1 Tahun Dagangan (52 Minggu) – 114.96%
Kekuatan Trend Semasa – Strong Bullish 31/50

Maklumat pasaran nilai emas dan perak dunia serta sejarahnya kebelakangan ini boleh merujuk laman web pasaran emas dan perak di www.kitco.com/

Harga emas semasa pada 17 Julai 2011, jam 10.25 malam ialah 10 gram RM 1,731.00; 20 gram RM 3,429.00; 50 gram RM 8,533.00; 100 gram RM 16,987.00 dan 250 gram RM 42,267.00. Manakala harga semasa dinar emas 1 dinar RM 709.00; 5 dinar RM 3527.00; 10 dinar RM 7023.00.

Apa lagi antara kata "Financial Guru" Robert Kiyosaki
Siapa tak kenal Robert Kiyosaki?
Penulis buku Best Seller Rich Dad Poor Dad...

Buku "Rich Dad Poor Dad" : Financial GURU Robert T. Kiyosaki

Apa kata dia?
"The U.S. cannot save the Dollar. As a Result, don't save money. I bet against the dollar by purchasing Gold and Silver ~ Robert T. Kiyosaki"
CASH FLOW QUADRANT BY ROBERT T. KIYOSAKI
Renung-renungkan...fikir-fikirkan......

Jommmm Emas.....

Hubungi Saya  Call / Whatsapp /  Text Message ke 0165777103 (SAIFUL) untuk
Maklumat Lanjut.



EMAS DAN PERAK FIZIKAL SEBAGAI PELABURAN MASA DEPAN, MENGAPA?

Emas dan Perak ..Anda harus memilikinya

Bila bercakap pasal emas, pasti kita tidak akan terlepas untuk mendengar ungkapan:


"harga emas & perak sentiasa naik".
"emas & perak tahun ni, lagi murah dari tahun depan".
"baik beli sekarang, esok mahal, confirm tak boleh beli dah".
"kenaikan emas & perak, setahun 20 - 30% melebihi mana-mana instrumen yang lain".


Apakah ungkapan ini FAKTA atau AUTA. Saya sendiri seorang peniaga emas. Saya juga sering mengungkapkan ungkapan-ungkapan di atas tetapi disokong dengan bukti-bukti dan fakta-fakta yang boleh kita dapati kalau kita rajin untuk membaca dan mencari.


Ya, memang benar harga emas dan perak akan naik secara relatifnya. Namun, pada hakikatnya, emas dan perak  tidak mengalami sebarang kenaikan atau penurunan. . Kenaikan harga yang kita saksikan ialah pada ukuran dan sandaran nilai emas dan perak  itu semata-mata. Harga emas dan perak diukur dengan nilai mata wang. Harga emas dan perak kelihatan naik kerana nilai mata wang menyusut dan begitu juga sebaliknya. Tetapi jika dibuat sandaran dengan barangan, kita dapati tidak ada kenaikan harga yang berlaku. Kerana itu kita sering mendengar misalan perbandingan 1 dinar dengan seekor kambing dan 1 dirham dengan seekor ayam.


Benarkah harga emas dan perak tahun ini lebih murah? Apabila berbicara tentang komoditi, tidak kira sama ada emas, perak atau selainnya, pasti kita akan dapat melihat kenaikan dan penurunan harga berlaku selari dengan permintaan dan penawaran. Emas dan perak ialah komoditi dari sumber alam yang tidak boleh diperbahurui. Apabila permintaan melebihi penawaran, maka kenaikan harga berlaku dan begitulah sebaliknya. Selain itu, faktor luaran seperti keadaan politik dan ekonomi juga menyumbang pada ketidakstabilan harga. Memang benar sejarah membuktikan harga emas dan perak  sentiasa naik saban tahun tetapi dalam kenaikan tersebut, masih terdapat beberapa penurunan akibat beberapa faktor luaran.


Murah atau mahal nilai sesuatu barang adalah subjektif. Bagi yang berpendapatan rendah, nilai RM1000 sudah dikira amat mahal, tetapi bagi yang berpendapatan tinggi nilai RM1000 sama seperti RM100 di sisinya. Oleh sebab subjektifnya maksud murah dan mahal bagi setiap individu, maka milikilah emas kerana anda perlu menyimpannya sebagi penyimpan dan pelindung nilai dan bukan kerana harganya murah atau mahal.


Kenaikan harga emas dan perak hanya mampu dibuktikan berdasarkan sejarah. Tidak ada seorang manusia pun mampu meramal kepastian pada masa depan. Pandangan dan pendapat yang dilontarkan hanya berasaskan maklumat sejarah dan faktor-faktor yang menyokong teori mereka sahaja. Ramalan ini bukan dibuat seperti angan-angan kosong tetapi berdasarkan kajian ilmiah. Sesuatu itu hanya dapat disahkan tepat atau tidak apabila tiba masanya. Buat masa ini, jangkaan kenaikan harga emas sehingga USD5000/oz pada tahun 2012.




Kebaikan Mempunyai Emas

1. Emas ialah kekayaan sebenarnya

2. Penentu nilai matawang sesuatu negara

3. Harga emas stabil dan sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang

4. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang

5. Emas sebagai portfolio pelaburan alternatif

6. Emas sebagai aset yang terunggul

7. Nilai emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak dipengaruhi oleh faktor ekonomi dan politik

8. Mendidik masyarakat tentang pentingnya simpanan emas untuk kelangsungan hidup sewaktu kegawatan ekonomi dan politik

9. Malahirkan masyarakat yang celik ilmu tentang emas yang kalis inflasi

10. Memberi peluang kepada masyarakat untuk meningkatkan ekonomi melalui simpanan emas dan perniagaan emas
Kebelakangan ini kerap betul kita mendengan tentang EMAS sebagai medium pelaburan yang menarik. Akan tetapi apakah yang dimaksudkan dengan pelaburan EMAS itu? Adakah dengan membeli EMAS di kedai2 EMAS pada harga pasaran telah menjadikan anda pelabur EMAS yang bijak? Sudahkan anda tanya kepada pekedai-pekedai tersebut berapakah beza harga(sphread) jual/beli EMAS tersebut. 

Biarlah saya menjawabnya, biasanya mereka membeli balik pada kadar TOLAK 20-30%. Maknanya anda perlu tunggu harga EMAS tersebut naik sehingga 30% barulah anda mendapat balik MODAL anda. Lamanya!!!!! Jika anda membeli dengan kami sphreadnya cuma TOLAK 5-10% daripada harga jualan pada masa tersebut. Sabda Rasulullah SAW:

  “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan  boleh digunakan oleh    umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK) untuk digunakan]” 
– Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Sejarah Kenaikan Harga EMAS semenjak 10 tahun lepas memang amat menakjubkan. Adakah ini mainan para speculator ataupun ianya menunjukkan potensi sebenar EMAS sebagai medium pelaburan? 

Kami tidak dapat menjawabkan akan tetapi memang fakta2 kepesatan ekonomi CHINA dan INDIA, kedudukan kewangan AMERIKA yang semakin tenat sudah tentulah membawa kita kepada satu kenyataan yang nyata yang harga EMAS akan terus naik lagi.

Jika kenaikan harga PETROL boleh dibendung dengan pengenalan kereta Hybrid dan juga Biodiesel. Bagi EMAS tiada galang gantinya.









Dengan keadaan huru-hara yang berterusan di negara2 AFRIKA (negara pengeluar utama EMAS), sudah tentulah dalam masa terdekat ataupun jangka masa panjang pengeluaran EMAS akan menjadi kurang seterusnya melonjakkan lagi kenaikan harga EMAS. Jadi kenapakah kita perlu mengsesiakan peluang yang tak selalunya datang ini.

Kebiasaannya bila kita berbicara tentan topik EMAS, dialog-dialog seperti berikut pasti terkeluar dari mulut mereka yang masih belum memulakan pelaburan dalam emas.

Contohnya: 
“eh, emas mahal kan sekarang”
- betul, akan tetapi harganya akan terus naik dan naik lagi.

“erm…pelaburan emas ni jangkamasa panjangkan?! lambat la kalau nak untung”

- betul, kalau nak untung cepat kenalah join Skim Cepat Kaya ataupun MLM.

“saya ada jugak hasrat nak beli, tapi tunggu harga dia jatuh dan rendah lah macam tahun 2001 tu ke..boleh beli banyak-banyak”
- Jangan tunggu lama-lama, nanti anda yang menyesal tak sudah.

“betul ke pelaburan emas ni?! boleh percaya ke?!”

- kena berhati2lah memilih pihak yang menjualnya.

“takde duit la nak beli emas! duit nak pakai untuk banyak benda lagi, nak simpan untuk itu ini lagi”

- nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

“rasanya saya berminat jugak dengan benda ni, dah lama saya duk baca pasal emas ni, tapi saya kena kaji sikit lagi la kot, baru ready”
- anda telah datang pada tempat yang betul, kami boleh membimbing anda.

“saya pernah dengar orang-orang yang dah kaya cakap, dalam pelaburan ni akan ada satu masa dia akan jatuh merudum, haa…masa tulah baru saya beli emas ni, sure murah time tu kan! “
- anda telah datang pada tempat yang betul, kami boleh membimbing anda.


Bagi sesetengah orang yang belum melabur dalam emas, ayat-ayat sebegini adalah paling logik bagi mereka. Namun, pasti ada juga yang tersenyum apabila terbaca dialog-dialog yang sebegini kan?!. Ini kerana anda sememangnya orang yang telah sedar akan realiti pelaburan emas yang sebenar, jadi tahniah saya ucapkan.
Oleh yang demikian, buatlah keputusan untuk memiliki emas dan perak kerana anda faham dan tahu mengapa anda perlu memiliki emas dan perak.